Selamat Berkunjung

Blog Alumni SK Jeliang mengalu-alukan kunjungan dan pendaftaran keahlian ke blog ini. Email kan maklumat anda (cth: nama, nama panggilan, tahun belajar dan no. telefon) Sebarkan maklumat ini.


01 Disember 2009

RAYA HAJI

Salam buat semua pengunjung @ bro. Awok udah lehe bebenor dengan sibuk ngadap raye korban dan urusan kenduri kahwin musim cuti ni, hinggakan terlupa nak nyenguk blog kita ni. Yelah macam2 nak dikejo, norehpun kekadang udah tak dan, tapi yelah hari pun medang je hujannya, mana dpt noreh. Musim buah kat kg kita ni tengah ni meriah bebenor, deghoyan udah sampai pertengahan musim, mutan, manggis, langsat, dokong udah melambak2 nak jual peraih nak murah aje. Ni tak lama lagi cempedak pulak nak melambak, deme udah ngeluh. Ini le ujian yang Allah bagi nak tengok sejauh mana besyukurnya atas nikmat yang Allah bagi. Tak dibagi deme ngeluh, dibagi melambak pun dema ngeluh. Tapi kat kedai kopi hari-hari deme penuh pagi petang. Lantok kome le....
Raya Haji kali ni sempat le juga awok jumpa kengkawan bekas sekolah. Udah awok cerita le pasal pendaftaran dan tujuan alumni ni. Rata-rata semua setuju bebenor dan memberi respon positif. Cadangnya dan memang sedang giat dijalankan sekarang ni adalah pendaftaran secara besar-besaran bagi mencapai ke 100 ahli sekurang-kurangnya pada akhir Disember 2009 ini. So kepada semua pengunjung sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan atau sedara mara bekas pelajar SK Jeliang. Sebab mulai Januari 2010 nanti akan ada berita dan aktiviti terbaru dari alumniskjeliang, tunguuuuu .....ok babai...

17 November 2009

Musim Cuti Sekolah, Hari Raya korban, Musim Orang Kahwin

Tajuk 3 serangkai kat atas amat sinonim pada musim tengkujuh ni. Kat Jalan Badak Jeliang ni dah mula sibuk perancangan sambutan korban. Ceritanya kat masjid Jeliang 2 atau 3 ekor. Kat Pondok Al Ridzuan mungking 13 ekor lembu. Jemputan untuk kenduri kahwin pun makin ramai dah. Ate mana yang dapat balik bercuti tu elok bebenor balik. Awok ngundor diri dulu, sambung lain kali. Ngarap sumbangan artikel mengkome pun idak juga adanye.

09 November 2009

Kisah Lama...1

Bila tengok balik sebuah rumah lama yang ada kat depan sekolah tu teringat le awok kisah lama. Ni cerita batch 1970an. Time tu Pak Arif tukang kebun yang duduk kat situ, disebelahnya dijadikan perpustakaan sekolah. Sebelah rumah pak arif tu ada perigi pam, kat situ le pakat neguk ayor minum beramai-ramai. Time tu mana kisah ayor tu sesuai ke idak sesuai, janji tekak dapat minum. La ni telaga tu tak ada dah. Tapi bila ingat balik rupanya dekat aje tandas najis rumah tu dengan telaga tu.
Kat belakang belah bawah tu pulak ada ruang tanah kosong. Kat situ le dijadikan kebun sekolah. Masa tu ada aktiviti berkebun. Awok masa tu manjang je jadi johan batas dan tanaman sayuran terbaiknya. Awok punya partner Chin anak ust. Haji Zakaria. Kebun sayur kume memang subur punya sebab selalu guna baja taik ayam dan taik kerbau Pak Arif. Tapi kerbau Pak Arif pulak selalu aje buat kacau merosakkan batas sayor. Kadang-kadang tu hangin juga dibuatnya. Tapi Pak Arif (allahyarham dah) garang juga, idak le sapa berani ngadu kat dia. Aktiviti berkebun ni dilakukan sebelah petang dan sesekali pada sebelah pagi. Nak jadi cerita sekali tu tengah syok menyangkul kat timbunan semak + sampah maka terjumpa le setimbun telor. Ada yang kata telur kekura, ada kata telur ular. Deme kata kalu telur kekura boleh buat makan, jadi ada le yang nak ambil bawa balik. Mujur ada orang dewasa yang ngatakan telur tu tak boleh makan sebab itu telur ular. Kalu idak entah le... ada yang padah kalu makan telur rebus ular. Masa tu tahun 1977...

08 November 2009

PELUANG UNTUK BERCERITA

Kepada bekas-bekas pelajar atau kengkawan semua, sudilah kiranya rakan-rakan semua untuk menghantar apa-apa berita, artikel, gambar2 photo dedulu atau apa-apa saja kisah berkaitan semasa belajar di sekolah dulu. Boleh emailkan atau sms. Tentu ada beberapa pengalaman, kisah-kisah silam yang pahit atau manis, mungkin ianya melucukan atau apa saja, untuk kita kongsi bersama bagi mengimbas kembali kenangan lama. Silakan.....

06 November 2009

Sambutan Terkini Makin Menyerlah

Ya, alhamdulillah. Blok Alumni SK Jeliang ni makin mendapat perhatian daripada bekas-bekas pelajarnya. Makin ramai yang telah mula mendaftar melalui sms dan email. Tak kurang juga yang menulis atas kerotah nganto kat awok nyuruh masukkan nama deme kat blog ni. InsayAllah akan awok buat secara beransor-ansor. Tengah ni sibuk sikit le nak ngadap tugasan harian, ate paham-paham aje le bila dah dekat hujung-hujung tahun ni. Ate... awok berundor dulu ye...

05 November 2009

Terima Kasih Semua

Alahamdulillah banyak respon yang diterima drpada kengkawan bekas pelajar. Harap sms atau email biodata kepada awok bagi urusan pendaftaran nama di blog. Ada banyak cadangan yang diterima terima kasih, nanti awok akan lihat dan nilai satu persatu demi kebaikan blog Alumni SK Jeliang ni.

04 November 2009

Anda Rasa Anda Terlibat Dengan Tajuk Blog....Sila Hubungi email ini dan Sertailah Kami

Asssalammualaikum.
Kepada semua sahabat, rakan taulan bekas pelajar SK Jeliang tak kiralah tahun berapa pun. Sebelum kita bercerita lanjut, dipendekkan ceritanya begini. Awok ni bekas pelajar SK Jeliang, sekarang ni menetap kat kampung Jalan Badak@Jeliang le juga tu. La ni terlibat dengan AJK PIBG sekolah. Dari penilaian kebelakangan ini rasanya udah sampai masanya bekas-bekas pelajar SK Jeliang ni memberi sedikit peranan bagi tujuah pembangunan sekolah demi kejayaan dan kelangsungan anak didik pelajar. Bukan sedikit bekas-bekas pelajar SK Jeliang yang telah berjaya dan membina kerjaya mereka sehingga kepada mercu kejayaan. So, sudi apalah kiranya pihak-pihak ini tampil dengan pelbagai cara yang dikira sesuai mengikut cara dan kemampuan sendiri.
Saya (biodata akan diperkenalkan kemudian) dengan ikhlas bersedia menawarkan diri sebagai koordinator dalam urusan ini.
Pendekkan cerita lagi, antara tujuannya blog ini:

1. Mengumpul kenalan dan rakan lama semasa menuntut di SK Jeliang.
2. Bertukar cerita dan khabar berita sesama rakan.
3. Merancang penubuhan persatuan bekas penuntut SK Jeliang (ahli terbuka kepada semua bekas penuntut)
4. Merancang mengumpul dana bagi membantu pembangunan sekolah khususnya membantu para pelajar demi kemajuan pendidikan mereka.
5. Bagi yang berkemampuan ini adalah tempat bagi mereka menyalurkan sumbangan sebagai mengenang jasa tempat di mana bermulanya mereka menerima ilmu.

*** untuk tahun hadapan(bermula dari sekarang) pihak PIBG merancang mengumpul dana khusus untuk ahli yang berminat dalam program korban. Jadinya Alumni SK Jeliang merancang akan turut sama dalam program tersebut pada tahun hadapan dengan penyertaan sekurang-kurangnya seekor lembu. Ok biar awok berundor dulu akan di sambung lagi nanti...insyaAllah.