Selamat Berkunjung

Blog Alumni SK Jeliang mengalu-alukan kunjungan dan pendaftaran keahlian ke blog ini. Email kan maklumat anda (cth: nama, nama panggilan, tahun belajar dan no. telefon) Sebarkan maklumat ini.


16 November 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha

Salam pada semua,
Nampak sangat semakin kendur untuk mengendali blog ni. N3 last pada raya puasa lepas. Ni dah masuk raya haji, apa nak kata masa makin laju berlalunya.
InsyaAllah esok kita nyambut hari kebesaran Idul Adha. Moga insan-insan yang mengerjakan haji akan mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air masing-masing.
InsyaAllah mulai pg esok kat masjid Jeliang akan membuat majlis korban. Lusanya di Pondok Al Ridzuan akan diadakan korban sebanyak 13 ekor, tahun ini kalu tak silap merupakan tahun ke 7 diadakan majlis korban sedemikian, pada yang berkesempatan hadirlah, terutama di pondok kerana tenaga muda amat diperlukan di sana, selain kita dapat beramah mesra sambil bekerja dan menjamu selera kerja-kerja sunnah dalam jemaah dapat kita lakukan. Selamat Hari Raya Korban.