Selamat Berkunjung

Blog Alumni SK Jeliang mengalu-alukan kunjungan dan pendaftaran keahlian ke blog ini. Email kan maklumat anda (cth: nama, nama panggilan, tahun belajar dan no. telefon) Sebarkan maklumat ini.


04 November 2009

Anda Rasa Anda Terlibat Dengan Tajuk Blog....Sila Hubungi email ini dan Sertailah Kami

Asssalammualaikum.
Kepada semua sahabat, rakan taulan bekas pelajar SK Jeliang tak kiralah tahun berapa pun. Sebelum kita bercerita lanjut, dipendekkan ceritanya begini. Awok ni bekas pelajar SK Jeliang, sekarang ni menetap kat kampung Jalan Badak@Jeliang le juga tu. La ni terlibat dengan AJK PIBG sekolah. Dari penilaian kebelakangan ini rasanya udah sampai masanya bekas-bekas pelajar SK Jeliang ni memberi sedikit peranan bagi tujuah pembangunan sekolah demi kejayaan dan kelangsungan anak didik pelajar. Bukan sedikit bekas-bekas pelajar SK Jeliang yang telah berjaya dan membina kerjaya mereka sehingga kepada mercu kejayaan. So, sudi apalah kiranya pihak-pihak ini tampil dengan pelbagai cara yang dikira sesuai mengikut cara dan kemampuan sendiri.
Saya (biodata akan diperkenalkan kemudian) dengan ikhlas bersedia menawarkan diri sebagai koordinator dalam urusan ini.
Pendekkan cerita lagi, antara tujuannya blog ini:

1. Mengumpul kenalan dan rakan lama semasa menuntut di SK Jeliang.
2. Bertukar cerita dan khabar berita sesama rakan.
3. Merancang penubuhan persatuan bekas penuntut SK Jeliang (ahli terbuka kepada semua bekas penuntut)
4. Merancang mengumpul dana bagi membantu pembangunan sekolah khususnya membantu para pelajar demi kemajuan pendidikan mereka.
5. Bagi yang berkemampuan ini adalah tempat bagi mereka menyalurkan sumbangan sebagai mengenang jasa tempat di mana bermulanya mereka menerima ilmu.

*** untuk tahun hadapan(bermula dari sekarang) pihak PIBG merancang mengumpul dana khusus untuk ahli yang berminat dalam program korban. Jadinya Alumni SK Jeliang merancang akan turut sama dalam program tersebut pada tahun hadapan dengan penyertaan sekurang-kurangnya seekor lembu. Ok biar awok berundor dulu akan di sambung lagi nanti...insyaAllah.

1 ulasan:

  1. Tahniah! kerana berjaya melancarkan blog ini. semoga sama-sama kita manafaatkan laman ini.

    BalasPadam