Selamat Berkunjung

Blog Alumni SK Jeliang mengalu-alukan kunjungan dan pendaftaran keahlian ke blog ini. Email kan maklumat anda (cth: nama, nama panggilan, tahun belajar dan no. telefon) Sebarkan maklumat ini.


09 November 2009

Kisah Lama...1

Bila tengok balik sebuah rumah lama yang ada kat depan sekolah tu teringat le awok kisah lama. Ni cerita batch 1970an. Time tu Pak Arif tukang kebun yang duduk kat situ, disebelahnya dijadikan perpustakaan sekolah. Sebelah rumah pak arif tu ada perigi pam, kat situ le pakat neguk ayor minum beramai-ramai. Time tu mana kisah ayor tu sesuai ke idak sesuai, janji tekak dapat minum. La ni telaga tu tak ada dah. Tapi bila ingat balik rupanya dekat aje tandas najis rumah tu dengan telaga tu.
Kat belakang belah bawah tu pulak ada ruang tanah kosong. Kat situ le dijadikan kebun sekolah. Masa tu ada aktiviti berkebun. Awok masa tu manjang je jadi johan batas dan tanaman sayuran terbaiknya. Awok punya partner Chin anak ust. Haji Zakaria. Kebun sayur kume memang subur punya sebab selalu guna baja taik ayam dan taik kerbau Pak Arif. Tapi kerbau Pak Arif pulak selalu aje buat kacau merosakkan batas sayor. Kadang-kadang tu hangin juga dibuatnya. Tapi Pak Arif (allahyarham dah) garang juga, idak le sapa berani ngadu kat dia. Aktiviti berkebun ni dilakukan sebelah petang dan sesekali pada sebelah pagi. Nak jadi cerita sekali tu tengah syok menyangkul kat timbunan semak + sampah maka terjumpa le setimbun telor. Ada yang kata telur kekura, ada kata telur ular. Deme kata kalu telur kekura boleh buat makan, jadi ada le yang nak ambil bawa balik. Mujur ada orang dewasa yang ngatakan telur tu tak boleh makan sebab itu telur ular. Kalu idak entah le... ada yang padah kalu makan telur rebus ular. Masa tu tahun 1977...

1 ulasan:

  1. MUNGKIN ADA YG TERINGAT,RMH LAMA ADA KENANGAN YG TERSENDIRI,DIMANA ANAK DARA KAT RUMAH TU TERSEPIT TANGGA BATU DEPAN RUMAH ,MERAUNG SATU KAMPUNG, SATU SEKOLAH KELUAR NENGOK,SAPA TAU NAMA KAK TU YE.........(ATAN)

    BalasPadam