Selamat Berkunjung

Blog Alumni SK Jeliang mengalu-alukan kunjungan dan pendaftaran keahlian ke blog ini. Email kan maklumat anda (cth: nama, nama panggilan, tahun belajar dan no. telefon) Sebarkan maklumat ini.


01 Disember 2009

RAYA HAJI

Salam buat semua pengunjung @ bro. Awok udah lehe bebenor dengan sibuk ngadap raye korban dan urusan kenduri kahwin musim cuti ni, hinggakan terlupa nak nyenguk blog kita ni. Yelah macam2 nak dikejo, norehpun kekadang udah tak dan, tapi yelah hari pun medang je hujannya, mana dpt noreh. Musim buah kat kg kita ni tengah ni meriah bebenor, deghoyan udah sampai pertengahan musim, mutan, manggis, langsat, dokong udah melambak2 nak jual peraih nak murah aje. Ni tak lama lagi cempedak pulak nak melambak, deme udah ngeluh. Ini le ujian yang Allah bagi nak tengok sejauh mana besyukurnya atas nikmat yang Allah bagi. Tak dibagi deme ngeluh, dibagi melambak pun dema ngeluh. Tapi kat kedai kopi hari-hari deme penuh pagi petang. Lantok kome le....
Raya Haji kali ni sempat le juga awok jumpa kengkawan bekas sekolah. Udah awok cerita le pasal pendaftaran dan tujuan alumni ni. Rata-rata semua setuju bebenor dan memberi respon positif. Cadangnya dan memang sedang giat dijalankan sekarang ni adalah pendaftaran secara besar-besaran bagi mencapai ke 100 ahli sekurang-kurangnya pada akhir Disember 2009 ini. So kepada semua pengunjung sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan atau sedara mara bekas pelajar SK Jeliang. Sebab mulai Januari 2010 nanti akan ada berita dan aktiviti terbaru dari alumniskjeliang, tunguuuuu .....ok babai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan