Selamat Berkunjung

Blog Alumni SK Jeliang mengalu-alukan kunjungan dan pendaftaran keahlian ke blog ini. Email kan maklumat anda (cth: nama, nama panggilan, tahun belajar dan no. telefon) Sebarkan maklumat ini.


31 Ogos 2010




Hari ini rupanye udoh sampai 20 hari pose kita. Awok tak berape sedor sangat, kejap aje rasanye. Masa zaman bebudok era 70 an dulu, lama beno rasanye bulan pose ni. Memang le masa dulu dengan la ni amat lain dan banyak beno bezanya suasana bulan pose kat kg Jeliang ni. Zaman buka pose makan kanji kawoh api kayu masok kat belakang mesjid udoh berapa tahun tak adanya. Dulu kalu masok morey di mesjid boleh juga orang ramai mawok sia ke apa-apa bekas untuk orang ramai bawa balik, la ni tak ada dah. Cukup untuk orang bebuka dalam 40 ke 50 orang je just makan kat situ masa bebuka kat bawah parking lot. Tak ada dah duduk bersila bawah surau lama Masa terawih ada beza dari dedulu, rasanye dah 3 ke 4 tahun baca surah panjang buka Quran beso. Biasa le rakaat awal ramai, lepas tu lepas 8 rakaat ramai le conggeh balik atau lepak kat serambi masjid, berehat kata deme. Apa pun yang ketara bezanya penyertaan generasi baru (kanak-kanak) ramai yang terlibat terawih dan tadarus. Dedulu bebudaknya ramai juga tapi banyak aktiviti bermain malam -malam pose. Main yang hebat sekali main polis sentri dan main nganto, main meriam dan mercun dah tentulah amat-amat pastinya, tak sah kalu tak ada. Memang banyak banyak perubahan antara dulu dengan sekarang kalu nak diceritakan.
Apapun semua tu merupakan perubahan dan kesesuaian zaman dengan adanya ilmu manusia akan membuat pertimbangan. Baik buruknya tindakan kita kerana ilmu yang dimiliki dapat membimbingnya.

1 ulasan:

  1. betui la, masa keik dulu, lama nye nak abis pose 30 ploh hari, le ni rasa macam cepat sangat, tau-tau dah nak raya dah...

    BalasPadam